Tips pengiraan kalori makanan

Kongsikan sebarang tips dan info diet yang anda tahu di sini.

Tips pengiraan kalori makanan

Postby mymaya » Mon Jan 21, 2008 5:05 pm

maya nak share food & calories guide yg maya dpt dari klinik

dia kata:
daily energy requirement = berat(kg) * 30 calories

eg: berat maya 80kg * 30 = 2400 calories

kalau nak reduce 1/2 kg/wk, kena minus (-550 calories)=
2400-550 = 1850 calories.

so kalau nak reduce 1kg/wk = 2400 - 1100 =
1300 calories/day
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/woykWNn/]
Image
[/url]
mymaya
Newbie
Newbie
 
Posts: 12
Joined: Mon Jan 21, 2008 3:05 pm

Re: Diary diet MyMaya

Postby catzer » Tue Jan 22, 2008 3:46 pm

erm bab kalori perday tu nak tambah skit,

contoh minggu tu nak lost 1kg dr 80 = 79

so 79 X 30  = 2370 cal/day jerk amik if amik  (80X30 = 2400) kita akan deposit calori dlm bdn lebihan sebanyak 2400 - 2370 = 30 cal.

sbb 30 cal yg xcukup dr keperluan sepatutnya ni kita akan withdraw dr store iaitu punggung kita..hehehe..

Itu bermaksud kita gunakan balik cal yg kita simpan yg dah jadi fat tu..So,camne nak kurus kenakan gunakan habis-habisan cal dlm store.
Image
User avatar
catzer
Global Moderator
Global Moderator
 
Posts: 176
Joined: Thu Jan 17, 2008 3:28 pm
Location: shah alam

Re: Tips pengiraan kalori makanan

Postby tiey » Wed Jan 23, 2008 1:33 pm

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN
Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
User avatar
tiey
Administrator
Administrator
 
Posts: 785
Joined: Wed Jan 16, 2008 4:26 pm
Location: Subang Jaya

Re: Tips pengiraan kalori makanan

Postby naomie2703 » Wed Jan 23, 2008 2:10 pm

bagus lah kak tiey...

macam ni bila nak makan jer kena pk kalori....

so kalau nak makan kena hati2 lah lepas ni
mula diet: 04.01.2012 - 91 KG

WEEK 1 : 11.01 / 87.5kg
WEEK 2 : 18.01 / 87 kg
WEEK 3 : 25.01
User avatar
naomie2703
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 1804
Joined: Mon Jan 21, 2008 11:32 am
Location: shah alam

Re: Tips pengiraan kalori makanan

Postby naomie2703 » Wed Jan 23, 2008 4:45 pm

jon pergi web ni untuk kira kalori makanan....MCD pun ada perkiraan nyer

http://kalorimakanan.blogdrive.com/
mula diet: 04.01.2012 - 91 KG

WEEK 1 : 11.01 / 87.5kg
WEEK 2 : 18.01 / 87 kg
WEEK 3 : 25.01
User avatar
naomie2703
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 1804
Joined: Mon Jan 21, 2008 11:32 am
Location: shah alam

Re: Tips pengiraan kalori makanan

Postby dena » Wed Jan 30, 2008 12:31 pm

huhu lg bgs kalau kite cata setiap yg kite mkn tu jd kite boleh tau brape bnyk kalori kite dh ambik  ;)
dena
Newbie
Newbie
 
Posts: 4
Joined: Wed Jan 30, 2008 12:10 pm

Re: Tips pengiraan kalori makanan

Postby tiey » Wed Jan 30, 2008 1:12 pm

iyer betul tu dena.... tapi masalahnya ramai yang tak berapa rajin nak catat... termasuk ler saya sendiri.... ada musim rajin tu semua catat :P
User avatar
tiey
Administrator
Administrator
 
Posts: 785
Joined: Wed Jan 16, 2008 4:26 pm
Location: Subang Jaya

Re: Tips pengiraan kalori makanan

Postby minz » Wed Feb 13, 2008 10:50 am

assalamu'alaikum kawan2 semua

sebut ttg catat apa yg kita makan ni, minz baca kat website omputeh ttg diet ni, pakar diet tu kata antara faktor utama yang paling membantu untuk tetap bersemangat dan berjaya dlm menurunkan berat bdn is ada 'Jurnal Makan' - kita catat hr2 apa yg kita makan.

dah lama minz baca tapi tu la rasa mcm leceh. tapi sejak 2/3 hari ni asik kira2 berapa kalori makan/day. so mmg lah bagus ada jurnal ni, so that kita lebih SEDAR yg kita makan tu bagus ke, tak ke, menggemukkan ke.

kira, jgn tak kira calori and JOM KITA TULIS. beli satu buku nota kecik yg boleh boh dlm handbag and bawak pen. setiap kali lepas mkn kita tulis. yg dah lepas2, kita tak yah pk. kita mulakan HARI INI!!!

Mari mari mari!!!!...


heheheh
Image
minz
Newbie
Newbie
 
Posts: 4
Joined: Tue Feb 12, 2008 2:59 pm

Jadual Keperluan Kalori untuk setiap KG

Postby tiey » Wed Feb 20, 2008 2:04 pm

Jadual Keperluan Kalori untuk setiap KG

Tengok jadual kat attachment bawah iyer. Mula2 kenal pasti kategori berat badan anda mengikut BMI.

Contohnya jika anda mempunyai berat 80kg iaitu kategori berat berlebihan, aktiviti harian dalam kategori aktiviti ringan, tenaga yang anda perlukan dalam sehari untuk setiap kg ialah 20kcal~25kcal. So darabkan dengan berat badan anda,

Jadi tenaga yang anda perlukan dalam sehari, 1600~2000kcal sahaja. Kalau makan lebih dari tu berat akan naik. Kalau makan kurang, akan turun la...

Lagi satu info yang tiey dapat dari website gardenia... untuk dapatkan berat mengikut BMI yang ideal, contohnya 55kg,  darab dengan 25kcal, sehari kita cuma perlu consume 1375kcal sahaja.

kat internet tiey banyak jumpa info pasal 1000 calorie diet plan. Diet plan ni khas untuk mereka yang nak menurunkan berat yang banyak dalam masa yang singkat. Tapi, diet plan ni tak sesuai di amalkan lebih dari 2minggu kerana ia akan merendahkan tahap metabolisme kita, kerana apabila badan kita sudah serasi dengan pengambilan 1000 calorie sehari, jadi bila kita ambil lebih daripada tu... kalori yang selebihnya tidak akan diproses dan berat badan akan kembali naik dengan mendadak.

Akan disambung bila ada idea  :P
:cool:
Attachments
kalori.png
User avatar
tiey
Administrator
Administrator
 
Posts: 785
Joined: Wed Jan 16, 2008 4:26 pm
Location: Subang Jaya

Re: Tips pengiraan kalori makanan

Postby catzer » Fri May 09, 2008 2:01 am

Aiyak..tiey..byknya kalori skang ni  :afro:
Image
User avatar
catzer
Global Moderator
Global Moderator
 
Posts: 176
Joined: Thu Jan 17, 2008 3:28 pm
Location: shah alam

Re: Tips pengiraan kalori makanan

Postby Damia » Mon Sep 01, 2008 11:57 pm

Kalori

Senaman adalah satu kemestian untuk kuruskan badan. Dengan bersenam badan anda dapat membakar lemak lebih cepat dan berkesan. Ia akan meningkatkan kadar metabolic rate atau kadar pembakaran kalori dalam badan. Sebenarnya mudah saja kalau anda nak kira secara matematik mengenai kalori dan penggunaan tenaga dalam badan. Mengikut pemahaman saya melalui pembacaan apa saja yang kita makan atau minum akan dikira sebagai penambahan kalori, tenaga atau lemak kedalam badan kita. Katakanlah dalam tempoh 24 jam, jumlah makanan yang anda ambil di tolak dengan segala tenaga yang anda guna juga dalam tempoh yang sama. Jika jumlah kalori yang anda makan untuk tempoh tersebut 2000 kalori dan pembakaran kalori hanya 1800 kalori sahaja. Maknanya anda telah terlebih makan 200 kalori (untuk sehari). Jika seminggu ertinya anda telah menambah 1400 kalori. Untuk pengetahuan anda 1 kilo bersamaan dengan 7000 kalori.

Sebaliknya jika anda kurang makan dan menambahkan aktiviti mungkin kiraannya jadi begini.
Pengambilan makanan dan minuman sehari 1500 kalori. Penggunaan tenaga mungkin 2000 kalori. Ertinya anda telah terlebih menggunakan tenaga sebanyak 500 kalori sehari dan ia diperolehi dari lemak-lemak yang berlebihan dalam badan. Jika sehari 500 kalori, seminggu 3500 kalori dan ia bersamaan dengan 0.5kg. Oleh itu, sebulan berat yang turun ialah 2 kg.
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wBqoAyl/]
Image
[/url]
User avatar
Damia
Newbie
Newbie
 
Posts: 11
Joined: Sun Aug 31, 2008 10:23 pm
Location: Penang

Re: Tips pengiraan kalori makanan

Postby nieda » Thu Nov 27, 2008 3:33 pm

mmg betul...kalau kite ade jurnal makanan kite mmg akan turn berat badan.banyak dah experimen saya buat.(tapinye tak buat bersungguh2..kekeke)...den pun dah lamo dah tak catit ni ha...malam kang den buat jadual yg baru utk catit den punye pemakanan harian.kalau tak mmg tak jalan lar den punyo diet...
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wuHbiSR/]
Image
[/url]
User avatar
nieda
Sr. Member
Sr. Member
 
Posts: 411
Joined: Tue Nov 25, 2008 2:29 pm


Return to Tips Dan Info

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron