Gastrik

Kongsikan sebarang tips dan info diet yang anda tahu di sini.

Gastrik

Postby syima » Sat Aug 29, 2009 5:08 am

Hi. Ni adalah article dan pendapat kawan saya seorang student dalam jurusan medic.. beliau akan menjadi doktor tak lama lagi...


salam

saya nak share sikit, masalah ni mmg masalah biasa terjadi, ia tidak sampai tahap membahayakannya nyawa jika dikawal, jika tidak dikawal komplikasi dia termasuk dalam kategori kecemasan


Gastrik
Sebenarnya gastrik adalah istilah perubatan yang bremaksud perut. Apa yang dimaksudkan oleh orang2 kita apabila menyebut gastrik sebenarnya ialah gastrik ulcer. Ulcer ni ialah luka. Jadi gastric ulcer bermaksud luka dalam perut.

Secara umum, penyakit ini termasuk dalam kategori peptic ulcer disease iaitu penyakit luka disebabkan peptic. Pepsin ialah satu enzim penghadaman yang dihasilkan oleh perut kita. Jadi ia boleh menghakis perut lalu mengakibatkan gastric ulcer, atau menghakis dinding usus kecil yang bersambung perut tu (bahagian ni nama dia duodenum) lalu menyebabkan duodenal ulcer.

Bagi kedua2 gastric ulcer dan duodenal ulcer ini, simptomnya boleh jadi sedikit berbeza.

Simptom
Gastrik ulcer - pedih ulu hati apabila makan terutamanya makanan pedas dan berempah, tetapi jika tidak makan maka berasa lega, jadi pesakit biasanya akan kehilangan berat badan kerana mengelakkan diri untuk makan

Duodenal ulcer - pedih ulu hati apabila TIDAK MAKAN, jika makan maka kesakitan akan berkurangan, terutama bagi pengambilan susu dan bahan2 beralkali. Pesakit duodenal ulcer biasanya akan muntah berbanding pesakit gastrik ulcer.

Bagaimanapun perbezaan ini tidak membezakan rawatannya. Mari kita lihat apakah puncanya:

- Antara punca utama yang baru ditemui tidak berapa lama yang lalu, ia disebabkan oleh bakteria bernama Helicobacter Pylori (H. Pylori). Bacteria ini boleh dibunuh dengan antobiotic, tapi boleh juga menyerang semula pesakit walaupun selepas dirawat
- Rembesan asid dalam perut yang tidak teratur juga boleh menyebabkan pesakit mendapat peptic ulcer disease
- Pengambilan ubat NSAIDS (non-steroidal anti inflammatory drug) akan menyebabkan hakisan dinding perut. Ubat ini biasanya diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit sendi2, atau autoimmune disease yang lain.
- peptic ulcer disease juga dikaitkan dengan lifestyle yang penuh dengan stress. Bagaimanapun ini tidak menjadi suatu kemestian. Ini kerana, apabila kita dalam keadaan stress, biasanya perut kita akan merembeskan asid dengan banyak

sebenarnya pengambilan makanan pedas dan berempah bukanlah boleh menambah terukkan lagi kondisi ini, cuma dengan dinding perut yang sedia terluka, apabila disentuh dengan makanan pedas dan berempah, sudah pasti ia akan menjadi tidak selesa kan? mcm kita sapu cili kat luka atas tangan pun, akan luka jugak
rawatan

rawatan untuk penyakit ini adalah berdasarkan puncanya. jika puncanya adalah jangkitan H. Pylori, maka sudah tentu merawatnya adalah dengan membunuh mikroorganisma tersebut. selain itu, rawatan juga adalah bertujuan mengurangkan keasidan akibat daripada rembesan asid berlebihan tadi dengan memakan sejenis ubat dipanggil Antasid untuk meneutralkan semula asid. Lagi satu ubat yang termasuk dalam kategori proton pump inhibitor, iaitu sejenis ubat untuk mengurangkan rembesan asid juga boleh digunakan

komplikasi

masalah yang boleh terjadi daripada peptic ulcer disease (PUD) ini antaranya jika luka tersebut terlalu dalam, ia menyebabkan dinding perut menjadi nipis lalu akhirnya menembus (perforated). boleh juga berlaku pendarahan dalam usus yang dapat dikesan melalui pengeluaran najis yang berwarna hitam dan terlalu busuk. terdapat juga kemungkinan ia mengganggu pertumbuhan sel perut, lalu akhirnya membentuk ketumbuhan (tumor).



antara kemungkinan penyakit lain yang boleh terjadi ialah gastritis (radang perut). ini boleh terjadi daripada jangkitan kuman, yang menyebabkan perut menjadi sensitif, lalu asid yang dirembeskan perut akan 'memakan diri'.

jadi cara terbaik untuk mengetahui masalah anda ialah dengan pergi berjumpa doktor untuk mengesahkan penyakit lalu mendapatkan rawatan dan nasihat yang berpatutan. doktor mungkin perlu melakukan endoskop (masuk kamera dalam perut) untuk memastikan masalah perut anda.
User avatar
syima
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 2503
Joined: Tue May 19, 2009 4:17 pm
Location: setapak

Return to Tips Dan Info

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests