Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Cerita apa saja tentang diet. Pengalaman berdiet, dugaan, kenapa berdiet dan sebagainya

Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby jejaka_sihat » Thu Aug 12, 2010 10:36 am

Salam Ramadhan semua, semoga semua masih cargas2 lagi.. ^-^

Nak jugak tahu kan, apa yang korang makan time bulan posa ni.. adakah bedal kesemua makanan yang terdapat di bazaar ramadhan? adakah masih meneruskan pemakanan diet sama seperti sebelum ini?... :police:
User avatar
jejaka_sihat
Newbie
Newbie
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 03, 2010 5:56 pm
Location: KL

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby iamgonnalosethemfats » Thu Aug 12, 2010 1:34 pm

salam jejaka_sihat... Day 1 - Alhamdulillah, berjaya tak membeli kuih-muih, tak makan kuih-muih kat umah family angkat, stick to plain water n minum satu cawan aje air nescafe... Day 2 - belum pasti....
nice to meet all of you, call me Iam


as of 21/8/2010

[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wx0ZzYx/]
Image
[/url]
User avatar
iamgonnalosethemfats
Newbie
Newbie
 
Posts: 41
Joined: Tue Aug 10, 2010 2:12 pm

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby lin li » Thu Aug 12, 2010 4:51 pm

hai jejaka_sihat...lama tak baca post terbaru awak...perjalanan diet hari kedua masih ok...walaupun teringin nak beli belah di bazar ramadan...sabar...

tapi kalau dah g beli,rasa cam sikit dan tak cukup je..tu kdg2 beli byk sampai membazir...ni pengalaman ramadan tahun lepas...

so, any advice from u? post la satu advice...
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wodnoxY/]
Image
[/url]
User avatar
lin li
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 640
Joined: Wed Jun 09, 2010 9:33 am
Location: Penang

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby jejaka_sihat » Thu Aug 12, 2010 9:10 pm

iamgonnalosethemfats, sikitnya awak makan.. makan lebih sikit ler, especially protein tu.. carbs, kalau ambil dalam kuantiti yang betul, takkan jadi masalah.. avoid sugary drinks yg dijual di bazaar ramadhan (kalau nak turun berat), but instead kurma is okay.. simple carbs, with low G.I.. same goes to buah-buahan (kecuali tembikai), oat dan wholemeal bread :)

lin li, setiap malam saya menulis blog, sampai saya terlupa pulak pasal KDO ni, tu yang rasa tiba2 nak singgah.. hehe :angel:

tips ketika berbuka (diambil dari blog saya):

1 - amalkan makan secara berperingkat seperti yang dicadangkan berikut.

Berbuka, Makan Malam (makan berat), Supper (Moreh), Sahur.

2 - Berbuka Puasa: Selepas niat berbuka puasa, mulakanlah dengan karbohidrat ringkas seperti segelas minuman manis (avoid yg berasaskan gula proses, pure juice is okay) dan beberapa biji kurma. Bagi mereka yang sedang dalam proses membina badan, atau dalam proses menurunkan berat badan, tetapi hendak memelihara otot sebanyak yang mungkin, bolehlah diambil satu hidangan whey protein bersama susu skim, berserta beberapa biji kurma (atau buah-buahan lain seperti pisang atau betik).

3 - Elakkan makan makanan yang berat secara menerus kerana pada ketika ini badan berada pada fasa yang dikenali sebagai "Insulin Spike", memandangkan paras glukosa dan insulin dalam darah sebelum ini adalah rendah dek kerana berpuasa. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi glukosa ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan; ini akan mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak.

4 - Selepas menunaikan solat Maghrib, barulah perut bersedia untuk menerima hidangan seterusnya yang lebih berat (kuantiti yang banyak). Apa yang patut dimakan? Boleh menikmati apa sahaja, tambah-tambah lagi makanan yang baru dibeli di Bazaar Ramadhan, tetapi pastikan anda MENGENALI makanan yang hendak diambil. Tanya pada diri anda soalan-soalan berikut, "mana karbohidrat aku? mana protein aku? mana sumber vitamin, mineral dan fiber/serat aku?". Secara umum, panduan berikut boleh dirujuk, disusun dari yang patut dilebihkan makan, hingga yang patut dikurangkan makan:

i - Karbohidrat: Roti, bijirin, nasi
ii - Protein (bermineral): Daging, ayam, ikan, makanan laut secara umumnya, sumber kekacang, tauhu
iii - Sumber pelbagai vitamin, phytochemicals dan fiber: Sayur pelbagai warna (tidak terikat yang berwarna hijau sahaja), buah-buahan.
iv - Gula dan minyak? Tidak perlu fokus, dan jikalau boleh hendaklah dikurangkan, kerana masakan di Malaysia sudah 'kaya' dengan gula dan minyak.
User avatar
jejaka_sihat
Newbie
Newbie
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 03, 2010 5:56 pm
Location: KL

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby iamgonnalosethemfats » Thu Aug 12, 2010 9:18 pm

salam jejaka_sihat. selamat berbuka puasa. baru aje baca ur tips utk berbuka. will follow them tomorrow. thank you. tentang my menu tu i akan tambahkan lagi protein :)
nice to meet all of you, call me Iam


as of 21/8/2010

[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wx0ZzYx/]
Image
[/url]
User avatar
iamgonnalosethemfats
Newbie
Newbie
 
Posts: 41
Joined: Tue Aug 10, 2010 2:12 pm

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby lin li » Fri Aug 13, 2010 9:28 am

jejaka sihat...hari pertama..alhamdulillah, saya buat mcm jejaka sihat kat...tapi semalam...astagafirullah....saya sudah minum 3mug air bandung yg dibancuh dengan susu tepung non fat dan gula masa berbuka sebab haus sangat...

hasilnya pagi tadi timbang naik 300g...makan nasi lepas solat maghrib cuma sesenduk nasi ulam...sebelum ni makan nasi turun berat badan sebab tak minum air manis...today naik sebab silap skit je...huh :potpet:
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wodnoxY/]
Image
[/url]
User avatar
lin li
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 640
Joined: Wed Jun 09, 2010 9:33 am
Location: Penang

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby jejaka_sihat » Fri Aug 13, 2010 11:47 am

iamgonnalosethemfats, okay.. selamat mengikuti ya.. don worry, sbb most of the time, kita akan makan kurang daripada yg sepatutnya (hari2 biasa) ketika berpuasa, apatah lagi kalau kita 'watch' betul2 amount food yg kita ambil, gud luck ;)

lin li, 300g tu tak signifikan pun, 300g = 300ml air, so most probably perbezaan berat 300g tu adalah disebabkan berat air dalam badan.. kalau nak tgk hasilnya, kena timbang paling kerap pun seminggu sekali, baru result dia lebih tepat. anyway, kalau dah tak tahan nak minum bandung, bancuh ler sendiri (jgn beli yg di luar, sgt banyak gula), minimizekan penggunaan gula dalam 1-2 SUDU TEH sahaja.. memang la sgt kurang manis, tapi our taste bud ni (lidah) kalau selalu train dgn makanan yg kurang manis, atau kurang masin, lama2 biasa lah.. btw, kalau nak minum jus buah yang dibuat sendiri (no sugar added, minum dgn hampas dia skali, sbb hampas dia tu fiber), silakan. buah takkan menggemukkan, kecuali tembikai. G.I buah tembikai menghampiri 100, sedangkan buah2 lain G.I dia rendah.. :police:
User avatar
jejaka_sihat
Newbie
Newbie
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 03, 2010 5:56 pm
Location: KL

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby lin li » Fri Aug 13, 2010 12:16 pm

saya bancuh sendiri la tu...terlebih manis...dah tu sejuk lak...uh..sedap la minum.. :lol: tah la..saya rasa cam air tu kekal je dlm badan ni...dah buang byk pun..bacaan sama lagi..tension tul...

by the way, saya pernah baca...tembikai bukan kategori buah...tapi ia sebenarnya sejenis sayur...tapi memang GI tinggi... :)
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wodnoxY/]
Image
[/url]
User avatar
lin li
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 640
Joined: Wed Jun 09, 2010 9:33 am
Location: Penang

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby jejaka_sihat » Fri Aug 13, 2010 4:27 pm

ye ke bukan buah? 1st time saya dgr, hehehe ;D
User avatar
jejaka_sihat
Newbie
Newbie
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 03, 2010 5:56 pm
Location: KL

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby lin li » Wed Aug 18, 2010 10:00 am

ye...saya pun cam tak caya..hehehhehe
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wodnoxY/]
Image
[/url]
User avatar
lin li
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 640
Joined: Wed Jun 09, 2010 9:33 am
Location: Penang

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby iamgonnalosethemfats » Wed Aug 18, 2010 11:52 am

jejaka_sihat wrote:Berbuka Puasa: Selepas niat berbuka puasa, mulakanlah dengan karbohidrat ringkas seperti segelas minuman manis (avoid yg berasaskan gula proses, pure juice is okay) dan beberapa biji kurma.
Elakkan makan makanan yang berat secara menerus kerana pada ketika ini badan berada pada fasa yang dikenali sebagai "Insulin Spike", memandangkan paras glukosa dan insulin dalam darah sebelum ini adalah rendah dek kerana berpuasa.
Selepas menunaikan solat Maghrib, barulah perut bersedia untuk menerima hidangan seterusnya yang lebih berat (kuantiti yang banyak).


salam jejaka. Iam dah buat apa yg u cadangkan. Alhamdulillah perut tak rasa heavy terlampau-lampau lepas berbuka, dan badan tak rasa letih. biasanya Iam rasa lesu bila lepas berbuka n nak solat pun jadi malas. thanks for the tips bro (L)
nice to meet all of you, call me Iam


as of 21/8/2010

[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wx0ZzYx/]
Image
[/url]
User avatar
iamgonnalosethemfats
Newbie
Newbie
 
Posts: 41
Joined: Tue Aug 10, 2010 2:12 pm

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby jejaka_sihat » Wed Aug 18, 2010 12:41 pm

sama2 Iam ;)
User avatar
jejaka_sihat
Newbie
Newbie
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 03, 2010 5:56 pm
Location: KL

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby ayep_sel » Wed Aug 18, 2010 12:55 pm

sy plak..
Melantak time buka x pk pe pun..huhuhu..gile kn,.
Tp sahur lak sy seorang yg 'berkhemah' k0n0n nye la..hehe...

Puasa 1-5 sahur nasik dgn lauk2..

Yg latest ni 6-nestum je..(rase kenyang je) smpai ptg...

7-sahur roti 2 keping,isi nya telur mata kerbau+fishcake rebus(slice)...
n0w sy nk kekal sihat mcm sekarang ni..brt ideal sy 70kg dgn ktinggian 170cm.. Tp nk jd kn 57kg atau 60kg... Bru lawa pkai ape2 pn..hehe..
User avatar
ayep_sel
Jr. Member
Jr. Member
 
Posts: 80
Joined: Wed Aug 18, 2010 6:36 am
Location: banting murderer town.haha

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby ayep_sel » Wed Aug 18, 2010 12:56 pm

sy plak..
Melantak time buka x pk pe pun..huhuhu..gile kn,.
Tp sahur lak sy seorang yg 'berkhemah' k0n0n nye la..hehe...

Puasa 1-5 sahur nasik dgn lauk2..

Yg latest ni 6-nestum je..(rase kenyang je) smpai ptg...

7-sahur roti 2 keping,isi nya telur mata kerbau+fishcake rebus(slice)...
n0w sy nk kekal sihat mcm sekarang ni..brt ideal sy 70kg dgn ktinggian 170cm.. Tp nk jd kn 57kg atau 60kg... Bru lawa pkai ape2 pn..hehe..
User avatar
ayep_sel
Jr. Member
Jr. Member
 
Posts: 80
Joined: Wed Aug 18, 2010 6:36 am
Location: banting murderer town.haha

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby lin li » Wed Aug 25, 2010 8:08 am

hai jejaka _sihat..berat saya dah nak masuk minggu kedua plateau ni...help..help...bg tips nak membuang si palteau ni.. :'(
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wodnoxY/]
Image
[/url]
User avatar
lin li
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 640
Joined: Wed Jun 09, 2010 9:33 am
Location: Penang

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby jejaka_sihat » Wed Aug 25, 2010 12:45 pm

ayep_sel: macam terbalik jer, sepatutnya sahur ler kita kena melantak, dan berbuka ler kita berhemah, sebab kita perlukan byk energy untuk menjalani kehidupan seharian, tak gitu? ::)

lin li: Jangan panik, plateau ketika berpuasa (2 minggu yang lepas, bererti sejak awal ramadhan, kan?) adalah perkara normal, while you tend to watch your diet, your lower metabolism prohibits any progress. Yes, berpuasa menurunkan kadar metabolisma, tambah2 kalau b4 tu your diet mmg fokus untuk increase metabolisma rate, i.e makan secara kerap.

Jadi, macam mana nak beat plateau ni, antara lain, cuba lawan kadar metabolisma yang rendah tu. Sebagai contoh, your body akan jadi sedikit kurang aktif, mengantuk ketika tengahari, dan ala2 malas untuk buat kerja. Cuba lawan semua tu kerana itu sebahagian daripada tindak balas tubuh untuk merendahkan kadar metabolisma yang sedia ada. Pastikan work rate (quality kerja) ketika berpuasa adalah sama seperti hari bukan berpuasa, ok?

satu lagi, watch your diet. jangan makan sebarangan ketika berbuka dan sahur. kuih2 mmg banyak dijual di bazaar ramadhan, tetapi sayangnya semua kuih2 tersebut adalah berasaskan karbohidrat. You need protein to lose weight as well. Saya syorkan, kurangkan kuih2 yang lain, dan kalau boleh, pilih kuih, saya rasa namanya "tauhu sumbat". Tauhu = protein.

fokus juga karbohidrat yang rendah G.I nya. macam mana nak tahu? boleh search kat google jenis2 karbohidrat G.I rendah, atau visit my blog sebab saya ada post carta berkenaan G.I sesebuah karbohidrat. Goodluck!
User avatar
jejaka_sihat
Newbie
Newbie
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 03, 2010 5:56 pm
Location: KL

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby lin li » Mon Aug 30, 2010 11:28 pm

thanks jejaka_sihat...saya akan cuba ikuti nasihat awak...tapi satu perkara lagi nak tanya...time bulan posa ni, bila masa terbaik kita boleh timbang berat...sebelum berbuka /sebelum sahur? saya selalu timbang masa sebelum sahur...tapi time tu tak boleh membuang lagi...so berat cam carry berat makanan berbuka je...tapi kalau pas sahur lak...lagi la tak bolehnya...petang lak, berat kurang sebab air kurang...so bila masa sesuai agaknya?
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wodnoxY/]
Image
[/url]
User avatar
lin li
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 640
Joined: Wed Jun 09, 2010 9:33 am
Location: Penang

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby jejaka_sihat » Tue Aug 31, 2010 6:20 am

tak menjadi masalah soal tu, asalkan waktu timbang dan jenis penimbang tu kena malar

1 - cthnya, kalau utk ramadhan ni u timbang waktu pagi (9-10am), then the next timbang pun must be around that time
2 - gunakan penimbang yang sama

saya rasa, untuk bulan ramadhan ni, waktu yg paling OK ialah lin li boleh timbang sebelah pagi, waktu air dlm badan still x byk yg hilang (by this time pun u mesti 'dh buang' bnda yg u mkn smlam).
User avatar
jejaka_sihat
Newbie
Newbie
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 03, 2010 5:56 pm
Location: KL

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby lin li » Wed Sep 01, 2010 9:40 am

oh..camtu ke..ok..ok...nanti saya try...

satu lagi nak tanya...apa patut saya buat kalau semalam saya dah cheat day..berbuka dah makan soto nasi himpit secara berlebihan..pagi ni timbang memang naik la berat...cheat day ni sebab keluarga mertua datang,so bila mkn ramai2 ni...faham2 sajalah...mkn skit tak kena..tak mau makan pun takut org terasa...bila dah mkn lupa dunia...so,apa pilihan yg boleh saya buat...?

takat ni saya terfikir nak buat senaman cardio sebelum berbuka posa ptg ni..tu saja...
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wodnoxY/]
Image
[/url]
User avatar
lin li
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 640
Joined: Wed Jun 09, 2010 9:33 am
Location: Penang

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby jejaka_sihat » Wed Sep 01, 2010 12:34 pm

cheat day tu tak pa, lin li boleh cover balik nanti dalam the next day.. again, cheat day sekali dalam 2 minggu is okay.. tak perlu risau.

satu lagi fakta. dalam high protein diet sekalipun (ambil protein lagi tinggi daripada carbs), mesti ada satu hari dalam seminggu tu yg u kena makan carbs lebih daripada protein. Ini untuk stimulate kembali hormon leptin yg dah low dalam badan kita sebab restrict carbs. leptin ialah hormon yang bertanggung jawab untuk fat burn.
User avatar
jejaka_sihat
Newbie
Newbie
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 03, 2010 5:56 pm
Location: KL

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby lin li » Thu Sep 02, 2010 1:45 pm

tu lah tech...memang kena workout...tapi dah bulan posa ni..agak sukar rasanya nak meng'workout'kan diri...so agak rasa bersalah lah bila dah cheat tu... :erk:

satu saya nak tanya lagi boleh tak? dalam iklan kata susu elok diminum sebelum tidur...tapi ada lak kenyataan lain,tak sepatutnya makan minum sebelum tidur? yang mana satu betul ni...kadang2 saya teringin minum susu...tapi sebab saya baru mkn makanan berdaging,so saya lewatkan ambil susu...tapi kadang2 terlewat sampai time nak masuk tidur...apa pandangan jejaka_sihat?
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wodnoxY/]
Image
[/url]
User avatar
lin li
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 640
Joined: Wed Jun 09, 2010 9:33 am
Location: Penang

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby jejaka_sihat » Thu Sep 02, 2010 4:20 pm

tech, yup.. itu pun betul.

lin li, segelas susu sebelum tdo mmg tak der masalah.. go for it ok? Our body still burn calories ketika tido thru metabolic processes.. go for low fat milk/skim milk since they are low in calories.
User avatar
jejaka_sihat
Newbie
Newbie
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 03, 2010 5:56 pm
Location: KL

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby lin li » Fri Sep 03, 2010 9:00 am

saya dah mula ambil skim milk jenama sunlac..boleh tahan gak rasanya..tapi minum sejuk2 je...minum panas cam tak lalu la....

saya nak tanya lagi boleh..(saya memang byk soalan ni...)...saya ni cam ada satu tabiat...dalam area kul 8.30mlm lepas mkn mlm dan bagi anak2 mkn...saya akan tidurkan anak...anak2 akan tidur dalam kul 9.10pm dan saya juga akan turut tertidur...

adakah dengan keadaan ini,saya boleh menyebabkan diri saya mengalami kegemukan? sebab ramai yg kata tak baik untuk kesihatan..tapi saya memang tak mo tido...tapi sebab badan letih,saya pun terlena..boleh kata setiap hari..terutama bulan selain bulan ramadan..pendapat jejaka_sihat?

p/s: saya dah habis kelas kalori jejaka sihat...ni mula nak p cari kitchen scale.. :)
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wodnoxY/]
Image
[/url]
User avatar
lin li
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 640
Joined: Wed Jun 09, 2010 9:33 am
Location: Penang

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby elle ifa » Fri Sep 03, 2010 11:55 am

Wah ini ke jejaka sihat @ Susu Sejat ??? Join KDO gk ek? Gud2... o0
suka bc ur blog (suggested by Lin Li)..sgt2 informatif..dulu elle suka counted2 pengambilan carb..but after baca ur blog, br la cm tersedar cmne nk amalkan diet yg sihat...So far Alhamdullillah, ada pnurunan yg konsisten..THANKS Jejaka sihat.. (L)
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wllmKgM/]
Image
[/url]
User avatar
elle ifa
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 650
Joined: Sat Jan 30, 2010 2:42 pm

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby jejaka_sihat » Fri Sep 03, 2010 12:58 pm

Lin Li, itu bergantung juga kepada apa yang u makan pukul 8.30 malam tu. Kalau u makan complex carb + low G.I, the chance utk semua benda yg u makan tu utk jadi fat akan jadi minima. ye la, nama pun complex carbs, ia susah utk dicernakan, plus low G.I mean low insulin release (and again, bergantung juga kepada jumlah calorie yang u ambil. As long as below 400kcal, shud be okay since 400kcal tu akan dibakar ketika tidor by your metabolic rate, seperti pernafasan, cell repair, pertumbuhan kulit/rambut, dan byk lagi).

Tapi, kalau u makan refined carbs + high in GI, the chance utk ia ditukar kepada lemak tu tinggi, since they trigger the release of insulin (insulin yg bertanggungjawab utk tukar carbs (glucose) jadi glycogen dalam sel, dan ia juga bertanggunjawab tukar glycogen jadi fat).

As for nasi (i tahu, u akan tanya soalan ni), ia terletak ditengah, antara low G.I and high G.I.. kalau dalam Islam yang tgh2 ni org panggil Shubahah, hehe. If nak makan nasi, low G.I rice shud be yang pjg2 bentuknya, kurang kanji, seprti beras basmathi, beras perang. boleh rujuk my blog untuk list low GI dgn high GI carbs.

Elle ifa, yup, saya la si "susu sejat" tu. Hehehe. Bagus lah kalau ada progress, teruskan berusaha. Dan if nak turunkan berat, aim utk turunkan berat lemak, so you will avoid the result of becoming "skinny fat". apa tu? maksudnya kurus, tetapi still byk lemak dalam badan. BF% tinggi. boleh google tgk kalau nak tahu macam mana rupa org skinny fat ni >:D
User avatar
jejaka_sihat
Newbie
Newbie
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 03, 2010 5:56 pm
Location: KL

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby elle ifa » Fri Sep 03, 2010 4:07 pm

jejaka_sihat wrote:Elle ifa, yup, saya la si "susu sejat" tu. Hehehe. Bagus lah kalau ada progress, teruskan berusaha. Dan if nak turunkan berat, aim utk turunkan berat lemak, so you will avoid the result of becoming "skinny fat". apa tu? maksudnya kurus, tetapi still byk lemak dalam badan. BF% tinggi. boleh google tgk kalau nak tahu macam mana rupa org skinny fat ni >:D


itu la..BF sy masih tinggi..29% ++ tinggi kan? insyaAllah lepas puasa nnti sy target nk kurangkan BF supaya bdn slim n fit..bukannye slim tp menggeleber sana sini..InsyaAllah sy akn follow tips2 dr jejaka sihat @ En Susu Sejat...hihihii
Any way, boleh ke soal jwb kt KDO ni? Hope u dun mind k..
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wllmKgM/]
Image
[/url]
User avatar
elle ifa
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 650
Joined: Sat Jan 30, 2010 2:42 pm

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby malik80 » Fri Sep 03, 2010 10:39 pm

jejaka sihat memang berinformasi. Nak tanya jejaka sihat main gym dah berapa lama ?

Strategi bulan puasa. Buka puasa makan banyak. Sahur pun banyak. Sebelum tidur minum susu
malik80
Sr. Member
Sr. Member
 
Posts: 367
Joined: Wed May 05, 2010 10:35 pm

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby jejaka_sihat » Sat Sep 04, 2010 1:36 am

Elle ifa, ok, taper, pelan2.. saya dulu pernah nak dekat cecah 40%, tapi lepas turunkan berat badan semua, dah turun sampai 17-18%. skang ni nak turunkan beberapa % lagi. tapi kena buat slow-slow. dan lebih penting, i train for fitness and health, soal appearance tu perkara no.2 :) tak pe, nak tnya di KDO ni pun boleh, lagi bagus, lagi ramai yg boleh get involved. InsyaAllah kalau ada kelapangan saya akan jawab (nasib baik ada fungsi subscribe forum, byk membantu)

malik80, saya dah lama tak masuk gym bro. Last time masuk 2 tahun lepas, masa kat Universiti. Skang ni buat kat rumah je (bila balik kerja), dumbell ada 2-3 ketul. Banyak fokus pada compound exercise, kalau nak isolation barulah pakai dumbell. Time weekend, jogging kat taman. Kalau ikutkan, memang tak cukup, facilities kat gym lagi perfect, teringin sangat nak masuk. tapi nak buat macam mana, gym punya membership kt KL ni mahal, tak mampu (gaji cukup2 makan je, huhu).
User avatar
jejaka_sihat
Newbie
Newbie
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 03, 2010 5:56 pm
Location: KL

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby elle ifa » Sun Sep 05, 2010 3:09 pm

Jejaka sihat..
Mcm mana yg kita nk tahu berat kita yg kurang tu ada la septtnye bende2 yg dikurangkan mcm fat n bukannya air?
Sbb sy dlm puasa ni, laju je menurun, sy tak nak la yg kurang itu hanya air semata2..
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wllmKgM/]
Image
[/url]
User avatar
elle ifa
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 650
Joined: Sat Jan 30, 2010 2:42 pm

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby jejaka_sihat » Sun Sep 05, 2010 4:03 pm

Nak tahu senang jer, terdapat 3 cara:

1 - Pantau progress tu (timbang berat) dalam jarak yang jauh.. maksud dia, jgn timbang kerap2.. paling kerap pun 1 minggu sekali. Let say if u aim untuk turun berat 1kg seminggu, tak semestinya u kena pantau berat u seminggu sekali. Make it 2 minggu sekali or sebulan.. kalau u tgk progress u (beza berat u) 4kg turun berbanding bulan lepas, that means u are on the right track..

2 - cermin, dan pita pengukur
tengok diri u kat cermin, memang ada perubahan fizikal, atau sama saja? pita pengukur pun banyak membantu dalam nak tentukan perbezaan ketebalan fat kat badan u

3 - Pantau Body fat %
ni cara yang paling accurate dalam nak tahu yang turun tu adalah lemak, atau other thing. If berat u turun 5kg, tapi your body fat % still sama jer, maksudnya 5 kg tu u ilang byk muscle, air, dan a bit of fat, which is not good. Tapi kalau berat u turun 5kg, dan Body fat % pun turun, maksudnya u turun fat, which is what we want.. alat untuk mengukur body fat % ni ada kat mall/tesco tertentu (dalam rm2 sekali cek), pergi jumpa doktor, gym pun ada, dan kalau u sanggup boleh beli kat farmasi/fitness store.
User avatar
jejaka_sihat
Newbie
Newbie
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 03, 2010 5:56 pm
Location: KL

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby lin li » Mon Sep 06, 2010 8:18 am

hai jejaka sihat...thanks kerana byk jwb soalan saya nie :) sebenarnya ada lagi...coming soon... :)

elle...wah dah turun byk ni...dah nak hampir dgn saya ni...tahniah...sama la kita skg, kira2 kalori..heheh.. :)
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wodnoxY/]
Image
[/url]
User avatar
lin li
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 640
Joined: Wed Jun 09, 2010 9:33 am
Location: Penang

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby lin li » Mon Sep 06, 2010 4:02 pm

saya dah baca post jejaka sihat berkenaan multivitamin dan saya dah pun ambil blackmore+mineral...(tapi tawar saja..tak sedap cam anak2 saya punya appeton :F )...nak tanya, ada pantang larang atau kaedah terbaik tak nak ambil multivitamin ni...atau main bedal saja tak pe...

reason saya tanya adalah..kalau makan vitamin yg org mengandung selalu makan tu,pernah seorg nutritionist nasihatkan kwn saya supaya makan vitamin lepas setengah jam mkn,kurangkan mkn beberapa jenis mknan untuk meningkatkan keberkesanan penyerapan vitamin dll...so jejaka sihat ada pandangan?
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wodnoxY/]
Image
[/url]
User avatar
lin li
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 640
Joined: Wed Jun 09, 2010 9:33 am
Location: Penang

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby elle ifa » Tue Sep 07, 2010 6:08 am

jejaka_sihat wrote:Nak tahu senang jer, terdapat 3 cara:

1 - Pantau progress tu (timbang berat) dalam jarak yang jauh.. maksud dia, jgn timbang kerap2.. paling kerap pun 1 minggu sekali. Let say if u aim untuk turun berat 1kg seminggu, tak semestinya u kena pantau berat u seminggu sekali. Make it 2 minggu sekali or sebulan.. kalau u tgk progress u (beza berat u) 4kg turun berbanding bulan lepas, that means u are on the right track..

2 - cermin, dan pita pengukur
tengok diri u kat cermin, memang ada perubahan fizikal, atau sama saja? pita pengukur pun banyak membantu dalam nak tentukan perbezaan ketebalan fat kat badan u

3 - Pantau Body fat %
ni cara yang paling accurate dalam nak tahu yang turun tu adalah lemak, atau other thing. If berat u turun 5kg, tapi your body fat % still sama jer, maksudnya 5 kg tu u ilang byk muscle, air, dan a bit of fat, which is not good. Tapi kalau berat u turun 5kg, dan Body fat % pun turun, maksudnya u turun fat, which is what we want.. alat untuk mengukur body fat % ni ada kat mall/tesco tertentu (dalam rm2 sekali cek), pergi jumpa doktor, gym pun ada, dan kalau u sanggup boleh beli kat farmasi/fitness store.


Oo thanks jejaka sihat..awak mmg best!!! o0
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wllmKgM/]
Image
[/url]
User avatar
elle ifa
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 650
Joined: Sat Jan 30, 2010 2:42 pm

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby elle ifa » Tue Sep 07, 2010 6:12 am

lin li wrote:elle...wah dah turun byk ni...dah nak hampir dgn saya ni...tahniah...sama la kita skg, kira2 kalori..heheh.. :)


Yup..kira2 kalori..wpun mula2 rs cm x mmpu je nk buat, alhamdulillah dh terbiasa dh skrg..wpun byk terbabas gak..hehhehe..chaiyok2 lin li..
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wllmKgM/]
Image
[/url]
User avatar
elle ifa
Hero Member
Hero Member
 
Posts: 650
Joined: Sat Jan 30, 2010 2:42 pm

Re: Apa strategi pemakanan korang untuk bulan puasa ni?

Postby jejaka_sihat » Tue Sep 07, 2010 9:47 am

lin li: tentang MV tu, tak perlu pantang2 sgt.. cuma yg pasti, b4 mkn MV tu kena ada food masuk badan terlebih dahulu (kena makan), barulah MV tu nanti ada 'sumber' untuk dikerjakan. dan lagi satu timing, MV seelok-eloknya diambil ketika pagi, ketika kita nak lalukan kerja sepanjang hari.. jgn pula ambil MV sebelum nak tido.. sebab tujuan u ambil MV tu sbb nak stay cergas masa bekerja (B-complex dalam MV yg bertanggungjawab untuk meningkatkan kecergasan).. dan minum juga air yg mencukupi, saya syorkan segelas air, tp ada juga yg syorkan lebih dari dari tu.

elle: sama2 elle.. btw, sy ada sediakan tips untuk mengatasi makan secara berlebihan di blog.. bolehlah baca sebagai panduan yea 8)
User avatar
jejaka_sihat
Newbie
Newbie
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 03, 2010 5:56 pm
Location: KL


Return to Celoteh diet

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron