Cara diet yg betul dan seimbang...

Kongsikan sebarang tips dan info diet yang anda tahu di sini.

Cara diet yg betul dan seimbang...

Postby Damia » Wed Sep 03, 2008 8:34 am

Cara diet yg betul dan seimbang...  

   BF:  Wholemeal bread atau Fiber biscuits atau Oat atau yogurt atau Fruits        

           atau  Half-boiled egg

         (Fruits:Kiwi/Apple/guava/dragonfruit/grapefruit)

   
 Lunch: 1/2 rice + 2-3 vege + 1 protein cth (egg / taufu / fish / chicken) ambil       salah     1  je....      
             

                                OR
           Mee hoon soup/tang hoon soup/mee sua soup
 
           Add: Vege + protein

                                OR

                            Porridge

Teabreak:  Yogurt/ Fruits / prune

Dinner:  X carbo (rice / mee / bread / biscuit)

            vege (unlimited) + protein + soup.

            vege salad / vege soup / fruits salad

*Water: 2 liter - 3 liter

*no deep fried / no animal skin / no santan.
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wBqoAyl/]
Image
[/url]
User avatar
Damia
Newbie
Newbie
 
Posts: 11
Joined: Sun Aug 31, 2008 10:23 pm
Location: Penang

Re: Cara diet yg betul dan seimbang...

Postby Damia » Wed Sep 03, 2008 8:45 am

selamat mencuba...amalkan.tapi ingat jgn tak mkn mlm, nanti nampak cepat tua.Mlm jgn makan yg ade Karbohidrat..cthnya nasi,roti,biskut,mee,bihun.karbohidrat memberikan tenaga tapi klu tak digunakan dia akan bertukar menjadi lemak..psl tu la  tak leh mkn yg ade karbohidrat tapi klu dah kantoi tu kene cari keje la mlm2.hehehe cthnya gosok baju kat dlm blk tanpa buka kipas angin.
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wBqoAyl/]
Image
[/url]
User avatar
Damia
Newbie
Newbie
 
Posts: 11
Joined: Sun Aug 31, 2008 10:23 pm
Location: Penang

Re: Cara diet yg betul dan seimbang...

Postby Dini » Wed Sep 03, 2008 9:02 am

betul tu sy pun kadang2 tu kantoi jugak mkn benda2 yg mengandungi karbohidrat mlm2.tapi lepas tu kena la buat kerja yg mengeluarkan peluh ataupun minum slimming tea.
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wZ2n0XA/]
Image
[/url]
Dini
Newbie
Newbie
 
Posts: 3
Joined: Tue Sep 02, 2008 10:55 am
Location: Penang

MENU & TIP2..

Postby Damia » Sun Sep 07, 2008 1:38 pm

MENU & TIP2

Makan quacker oat meal setiap pagi memang sudah terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol yg tak bagus.

Kawal lah berat badan dgn menjaga porsi makanan kita. Misalan nya kalau dulu kita makan dua pinggan nasi, sekarang makan satu pinggan saja. Kalau satu pinggan, sekarang setengah pinggan.

Banyakkan merebus. Jangan menggoreng.

Banyakkan makan low fat. Misalan minum kopi hitam/teh kosong. Jgn tambah susu pekat. Jgn makan kek atau dessert seperti pastries yg banyak menggunakan telur dan mentega. Ada kek yg menggunakan putih telur dan minyak makan seperti kek sponge - ini OK.

Makan daging yg berwarna putih seperti dada ayam. Buang kulitnya.

Banyakkan makan dari kacang soy.

Banyakkan sayuran dan buah buahan. Pilih yg warna nya terang atau merangsang seperti lobak merah tapi bukan lobak putih. Pilih bayam,cekur manis, sawi hijau tapi bukan kobis putih. Tembikai dan mangga mempunyai warna yg sungguh exciting.

Bersenam memang lah BORING. tapi kalau kita dapat exercise yg fun, yg kita suka, tak lah boring. Kalau tak ada senaman yg fun, apa kata berjalan kaki? jgn jln slow slow, pantas kan sikit. Pakai seluar panjang yg tak gelobos dan tak ketat dan tak menyapu jln. untuk keselamatan. Jalan selama lima menet setiap hari. Bila dah syiok jln lima menet, jln selama sepuluh menet pulak. Tambah waktu berjalan sehingga satu jam setiap hari atau lebeh. Exercise lima kali seminggu.

Menu untuk breakfast:-
asian style
1) 1 mangkuk sederhana bubur nasi dihidangkan dengan tofu dan kajang panjang boleh letak daging hancur sedikit , boleh jugak letak sayur campur
2) 1 keping thosai,1/2 mangkuk kari dhall
3) 2 keping roti jala dengan kari ayam (portion kecik aje ya) kurangkan ambil karinya just untuk cicah2 ajee..

Lunch pulak
1) 1/2 mangkuk nasi ayam dan daging ayam (suku ajee samada panggang atau steam tak nak yang goreng tu)
2) 3/4 mangkok meehoon/mee sua/tunghoon bersama dengan 1 mangkok sayur (sawi) boleh campur dengan ayam
/fishball/seafood/daging
3) 1 keping chapati + ayam + i mangkok kecil sayur (kobis bunga)
4)1 mangkok mee rebus + isi ayam +sayur (broccoli)

teabreak kol 3-6pm
ambil 1 biji buah (apple/orange/kiwi/plum/pear/starfruit/honey dew/papaya/watermelon/dragon fruit/pineapple/grapes etc
jgn ambil (ciku, nangka, cempedak, rambutan, pisang, logan, mangga, durian dan persimmon (buah pisang kaki)…tapi niee buah2 yang paling sedapkan…

dinner pulak kol 7.30 - 9mlm ajee

1) chicken kebab dengan 1 mangkok salad
2) portion kecik ayam yang dipanggang/ikan diambil dengan carot, kobis, bawang dan kekacang.
3) aneka jenis soup mcm tomato sop, seafood soup (tomyam ok jugak),
4) ikan kukus +sayur

pastikan kena minum 8 gelas air sehari

kalau masih lapar sebelum tido boleh ambil 1 cawan susu rendah lemak atau 1 cawan low fat yogurt/ 1 cawan soybean yang kurang gula/ 1 cawan milo ‘o’.

makan malam sebelum pukul 7.30mlm kalau boleh.

tapi kalau dah kol 12 masih lapar tak leh tido ambil 1-2 sudu cereals..kalau masih lapar
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wBqoAyl/]
Image
[/url]
User avatar
Damia
Newbie
Newbie
 
Posts: 11
Joined: Sun Aug 31, 2008 10:23 pm
Location: Penang

Re: Cara diet yg betul dan seimbang...

Postby tiey » Mon Sep 08, 2008 5:57 am

Damia wrote:selamat mencuba...amalkan.tapi ingat jgn tak mkn mlm, nanti nampak cepat tua.Mlm jgn makan yg ade Karbohidrat..cthnya nasi,roti,biskut,mee,bihun.karbohidrat memberikan tenaga tapi klu tak digunakan dia akan bertukar menjadi lemak..psl tu la  tak leh mkn yg ade karbohidrat tapi klu dah kantoi tu kene cari keje la mlm2.hehehe cthnya gosok baju kat dlm blk tanpa buka kipas angin.


ooo tak makan malam cepat tua ek...
Tiey pon mmg jenis kena elakkan makan malam. Kalau makan malam mmg badan akan cepat naik. Tu la masalah sekarang. Masa lajus turun dulu mmg dpt kontrol makan malam dengan jayanya...tapi dapat bertahan 2bulan ++ jer.... pastu suka sangat kantoi2...

Eh... tiey ni kalau sebut tak makan malam tu sebenarnya tak makan nasi jer.... Benda lain akan makan jugak cam sayur atau buah ;)
User avatar
tiey
Administrator
Administrator
 
Posts: 785
Joined: Wed Jan 16, 2008 4:26 pm
Location: Subang Jaya

Ingin Kekal Langsing

Postby Dini » Mon Sep 08, 2008 3:28 pm

Ingin Kekal Langsing

Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana “sikap adalah menghukum diri”.

C. Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wZ2n0XA/]
Image
[/url]
Dini
Newbie
Newbie
 
Posts: 3
Joined: Tue Sep 02, 2008 10:55 am
Location: Penang

Kenapa berat badan tak turun-turun....

Postby Damia » Wed Sep 10, 2008 9:04 am

Hi, Assalamualaikum, apa kabar semua? bagaimana dengan diet anda, masih maintain seperti biasa? Saya juga masih sama, naik tak turun tak. Bila sampai satu tahap berat badan kita seolah-olah tidak lagi respon dengan tahap aktiviti dan cara pemakanan yang kita amalkan. Saya ada bertanya kepada dietitian mengapa susah sangat nak turunkan berat badan bila sampai sesuatu tahap. Dietitian menerangkan kepada saya bahawa sebenarnya badan kita juga akan cuba menyesuaikan (try to adapt) dengan apa saja sumber yang masuk dan keluar dari badan. Itulah sebabnya walaupun kita rasa kita tak makan banyak dan exercise seperti biasa berat masih degil dan tak turun-turun. Oleh itu saya sarankan anda slowdown dan lakukan exercise dan makan mengikut keperluan. Jangan kecewa. Berikan masa kepada badan kita. Mungkin beberapa minggu atau sebulan dua. Apabila anda rasa badan dah cukup rehat dan pada tahap yang selesa, baru kita mulakan semula senaman tetapi pada tahap yang lebih tinggi. Misalnya kalau dulu kita berjalan 30 minit sekarang tambah jadi satu jam, atau pun tukar cara senaman. Mungkin menyertai kelas aerobic, kayuh basikal, main badminton dan sebagainya. Pengambilan makanan juga mungkin diubah sedikit. Misalnya malam jangan makan nasi hanya sup atau salad sahaja. Minum petang hanya makan beberapa keping biskut tawar dan milo O @ Yogurt, low fat - 1 cup - 350 to 450 calcium
. Insyaallah pasti boleh.
[url=http://www.TickerFactory.com/weight-loss/wBqoAyl/]
Image
[/url]
User avatar
Damia
Newbie
Newbie
 
Posts: 11
Joined: Sun Aug 31, 2008 10:23 pm
Location: Penang


Return to Tips Dan Info

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests